Khamis, 13 Oktober 2016

Malam ini sunyi.

Assalamualaikum.

Malam ini seakan sunyi. Bagai tahu isi hati. Sunyi yang berteman bunyi angin. Sejuk yang kadangkala panas berpeluh sakit. Mungkin keadaan fizikal ku kini lebih sihat. Sesekali ku berpaling kekiri bilamana ku penat ku berpaling kekanan. Dan mana mungkin ku kembali berpaling kebelakang meski sesekali pengalaman lama pernah aku lalui. Sesekali terpalit dalam keadaan masa sendirian. Ah, bosan barangkali. Teringat hal lama bukan beerti merindu, tapi mengingati saat suka mahupun duka. Sudah tentu yang suka ku jadikan kenangan manis sambil tersenyum. Muncul duka juga ku ingati yang membuat dan mengajar aku lebih kuat dari biasa lebih syukur padaNya kerana duka biar jadi pengalaman dalam diri untuk membina jati diri sejati.

❤Al-Izdiani❤

Khamis, 22 September 2016

Untuk Kesekian Lama.

Assalamualaikum...Banyak yang terjadi hampir sepanjang penghujung tahun ini. Pelbagai onak ditempuhi. Suka duka aku ketahui, aku rasai, aku hadapi. Kalau nak diceritakan bagai melecet jari jemari. Kerna rasa itu sukar untuk aku terangkan, dalam pelbagai keadaan. Syukur alhamdulillah untuk tahun 2016. Pebagai rasa itu aku ambil. Baik yang suka mahupun duka. Yang manis ku jadi kenangan yang pahit ku jadi pengalaman disetiap sudut perkara.

❤Al-Izdiani❤