Isnin, 26 Oktober 2015

Kosong

Sememang kosong tanpa aku ketahui mana punca akar umbinya...
arghhh!

memang aku buntu
sumpah buntu
terus buntu!

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

MAAFKANKU WAHAI SUAMI,  Kadang-kadang aku rasa akulah...
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

Isnin, 5 Oktober 2015

Gambaq Khawin Ceq!!

Assalamualaikum...

jyeahh!! gambaq khawin ceq da siap!
ceq suka!!!
Hampa suka dak aihh?
hahaha...hihihi..hohoho...

Xpa, xpa, ceq bagi belanja sikit naa...nanti ceq bagi up banyak-banyak 
sampai ampa muntah nak tengok...




berdebaq rasa kena cium haihh...perasaan tuhan ja tau...

*thanks to jurufoto ceq, apis & yoi..
cameraman yg sporting gile, sempoi kelempoi..!

Selasa, 29 September 2015

Aku!

 Ya Allah...
Aku rindukan dia yang dahulu...dia yang lama...yang dulu
yang dulu
yang dulu!!!

bukan yang sekarang!!!


Sabtu, 26 September 2015

Really?




"Love like there's no tomorrow, and if tomorrow comes, love again." 



Selamat Hari Raya Korban

Assalamualaikum...
nak #tb semasa raya korban haritu...
walau tak dapat cuti, hanya 1 hari sahaja, tak mengapalah...
suami beraya di kl, itupun dia kena kerja...dan aku? 
macam biasa beraya dengan keluarga tersayang =)

nah, nak belanja masakan mama & papa...

Lontong mama, udang manja! 





Rendang mama, Lemang papa!

Jumaat, 18 September 2015

Salam Jumaat

Salam Jumaat, Penghulu Segala Hari

Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup

Yakinlah pasangan anda adalah pasangan terbaik

 yang Allah tentukan untuk anda

Ketentuan Allah adalah yang terbaik.



-KakNi-

Pa & Ma, Tahun ni bagi hadiah menantu hokeh..!

Alhamdulillah...

Buat papa Yusof Bin Jamaludin.
Terima kasih besarkan kakni. jaga makan pakai kakni.
sekolahkan kakni. bagi pelajaran. bagi kemewahan.
bagi segalanya kasih dan sayang.
untuk kesekian kali 25tahun ni..terima kasih atas segala penah jerit lelah untuk 
kami sekeluarga..besar pengorbanan papa...

Buat mama Bahiyan Bte Baharum...
Terima kasih selalu menjadi pendengar buat kakni luah perasaan.
mendengar keluh kesah anak darahmu ini dulu...
kasih sayang, perhatian yang cukup mendalam.
pengorbanan yang tak tertanggung..kesusahan kita dulu, kesenangan kita sekarang.
 Alhamdulillah...

Kini tanggungjawab papa & mama dah kurang dan telah beralih pada suami kakni..
Alhamdulillah walaubegitu. kasih sayang tetap sama.
rindu tetap sama
cinta tetap sama buat papa & mama.
Terima kasih
terima kasih
terima kasih.
Biar sayang kita sampai syurga...

-kakni-

Isnin, 14 September 2015

Kenapa Hati Ini?

Aku rasa lain.
semacam.
tak tenang
apa yang aku fikir aku sendiri tak tahu.
aku buntu.
kaku.
lemah.
malas.
lunyai.
lembab.
bodoh.
berkecamuk.
patah.
putus.

Apa sebenarnya perasaan aku ketika ini.
entah aku tak pasti.

**cepat pulih wahai hati. kembali normal seperti sediakala.


Dah kahwin da...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hampir 2bulan bergelar isteri...kadang- kala tak percaya, tapi hakikatnya,
aku sudah bersuami...24/07/2015..
tamat kisah zaman bujang ku & epilog "isteri" bermula...
Banyak yang perlu aku pelajari banyak yang perlu aku tabahi...

Terima Kasih Suami, Zuraidy Bin Mat Zin,
kerana menerima adanya diri ku.. terima kasih memilih ku menjadi isterimu...
banyak yang kita lalui, dari zaman awal perkenalan kita, segalanya ditempuh...
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Tiada segunung janji ku hadiahkan, cuma bimbingan dan usaha terusan darimu ku harapkan..
bukan sempurna ku minta, cukup sekadar kita melengkapi kelemahan dan kekurangan antara kita..
Moga tuhan memberkati hubungan cinta kita..hubungan halal ini..Alhamdulillah..

ya suamiku,
aku amat cinta padamu..
aku amat merindui dirimu, meski kau ada didepan mataku...


your love
-kakni-


.

Sabtu, 12 September 2015

2015

Assalamualaikum..

ALHAMDULILLAH, Ya tuhan, Ya Allah
terima kasih pinjamkan hidung ini untuk bernafas dan menghembus, udara yang mencengkam dada...
Banyak yang terjadi sepanjang hidup aku...Onak ranjau ku lalui..suka duka ku teruskan , kerna ini dimanakan duniawi.
Perjalanan entah bila akan terhenti..Masih aku teruskan sisa hidup bernama manusia... Alhamdulillah, aku sudah 25 tahun bernafas...Banyak yang terbuku, tersirat dan tersurat dihati...Terima kasih Ya Allah..
Allah...
Allah...

Allah...
Hamba mu yang kerdil
-kakni-

Assalamualaikum 2015 !!!

Alhamdulillah dah boleh bukak jugak blog ni...sekian lame memikir, mencari, mentelaah semua men men laaaa....jumpa jugak...yabeda beduuuuuuuuu!!!

#muahciked...

yang benar,

puan izni! ..